Perlu ada prasyarat kelonggaran individu dua dos
Iklan
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan perlu ada prasyarat ditetapkan dalam memberi kelonggaran kepada individu yang telah selesai dua dos vaksin Covid-19.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata, antara yang utama adalah kadar vaksinasi 80 peratus.