Terjunan Pandelela layak ke final

Iklan
Ratu terjun negara Pandelela beraksi pada separuh akhir acara 10 meter platform wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, pada Khamis. -Foto Bernama

HARAPAN kontinjen negara untuk meraih pingat daripada acara terjun Sukan Olimpik Tokyo 2020 terus menyala apabila atlet terjun, Pandelela Rinong mengesahkan slot ke final acara 10 meter platform wanita setelah menamatkan saingan separuh akhir pada kedudukan ketujuh pagi tadi.

Pandelela mempamerkan terjunan konsisten bagi melengkapkan lima terjunan pada saingan separuh akhir berkenaan bagi mengumpul 315.75 mata secara keseluruhan pada saingan separuh akhir berkenaan.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, dua penerjun China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi terus mendominasi dua kedudukan teratas bagi acara berkenaan bagi mengesahkan slot ke final petang nanti.