Gangguan bekalan air

Iklan

Penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak mendapatkan bekalan air bersih daripada lori tangki susulan kawasan perumahan itu mengalami masalah ganguan bekalan air sejak Isnin lepas ketika tinjauan hari ini.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) dalam kenyataan memaklumkan ganguan tersebut melibatkan 28,700 akaun di sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Masalah gangguan bekalan air disebabkan oleh pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu itu agak rumit dan memerlukan kontraktor berpengalaman serta kepakaran tinggi untuk membaikinya.

Iklan
Iklan

SATU memaklumkan sebanyak 36 buah tangki statik baharu juga telah ditempatkan di sekitar kawasan terjejas mulai malam tadi sebagai tambahan kepada tangki sedia ada.

Syarikat tersebut juga menambah 10 buah lagi lori tangki air dengan memohon bantuan daripada operator-operator negeri lain melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi melancarkan lagi proses agihan air.

Iklan
Iklan