Tragedi lombong emas: TPM ucap takziah kepada Indonesia
Iklan
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengutuskan ucapan takziah kepada rakyat Indonesia susulan tragedi tanah runtuh di tapak perlombongan emas tanpa izin di wilayah Sulawesi Utara di Indonesia malam tadi.
"Takziah buat sahabat kita di Indonesia atas berita sedih tragedi runtuhan tapak perlombongan di Bolaang Mondow, Sulawesi Utara. Dikhabarkan sekurang-kurangnya 60 mangsa tertimbus,” katanya menerusi laman Twitternya malam ini.