Beberapa ahli Parlimen UMNO ada mesyuarat di hotel

Iklan
Beberapa Ahli Parlimen dipercayai mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Beberapa Ahli Parlimen dipercayai mengadakan pertemuan di sebuah hotel berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Arau merangkap Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.

Iklan
Iklan

Shahidan turut mengadakan perbincangan bersama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid; Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Difahamkan, beberapa ahli Parlimen UMNO bermesyuarat berhubung pendirian parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Iklan

Pada Selasa, UMNO mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyaksikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada hari yang sama.

Iklan