Pelajar maut dilanggar lari ketika cari liputan internet
Iklan
SIBU - Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam @ Sulin Brayun berkata, dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikenali sebagai Kemalia Fran George, 17, sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya Feisyia Erwin Jeffery, 20 tahun.