Pas masih bersama kerajaan Perak

Iklan
MOHD AKMAL

IPOH - Pas mengesahkan mereka masih kekal berada dalam kerajaan negeri Perak biarpun UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat.

Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, hubungan dalam kalangan Exco Kerajaan Perak ketika ini masih baik.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau menjelaskan, pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa.

"Setakat ini (hubungan) kekal harmoni. Kerajaan negeri berjalan seperti biasa. Kami bekerja seperti biasa berkhidmat kepada rakyat," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan kerajaan negeri Perak susulan penarikan sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan negeri Perak dibentuk dengan gabungan tiga parti iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Iklan

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika ini memiliki sokongan 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan BN mempunyai 25 kerusi diikuti Bersatu sebanyak enam kerusi dan Pas tiga kerusi.