11 juta penduduk Wuhan diarah jalani ujian saringan

Iklan
Beberapa penduduk Wuhan memmakai pakaian perlindungan diri bagi mengelak jangkitan Covid-19. - Foto AFP

BEIJING - [DIKEMASKINI] Pihak berkuasa di Wuhan pada Selasa menyatakan satu ujian saringan bagi mengesan pandemik Covid-19 akan diadakan untuk keseluruhan penduduk di bandar raya tersebut.

Tindakan dilakukan selepas bandar raya berkenaan menjadi pusat penyebaran tempatan untuk pandemik tersebut pada hujung tahun 2019.

Iklan
Iklan

Bandar raya yang dihuni oleh kira-kira 11 juta penduduk itu melancarkan ujian nukleik terhadap semua penduduk Wuhan dengan segera, kata pegawai kanan, Lia Tao pada satu sidang akhbar pada Selasa.

Ujian itu dilakukan selepas tujuh kes Covid-19 dikesan di bandar raya tersebut.

Iklan

Sebelum ini, pegawai di Wuhan mengumumkan tujuh kes yang dikesan itu ditemui dalam kalangan para pekerja imigran di Wuhan.

Pengesanan itu menyebabkan memecahkan rekod tanpa kes Covid-19 penularan tempatan selepas pihak bandar raya tersebut mendakwa berjaya mengawal pandemik berkenaan menerusi 'lockdown' pada awal tahun 2020.

Iklan

China melaporkan 61 kes domestik pada Selasa lalu ketika varian Delta yang cepat merebak ke berbelas-belas bandar raya negara berkenaan selepas beberapa pekerja pembersihan di lapangan terbang Nanjing dilaporkan dijangkiti dengan varian itu sehingga mencetuskan satu siri rangkaian kes Covid-19. - Agensi