PKPD di sembilan lokaliti di Sabah, Terengganu, Pahang

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan terhadap sembilan lokaliti melibatkan negeri Sabah, Terengganu dan Pahang bermula 5 Ogos hingga 18 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, di Terengganu pula melibatkan Taman Rakyat Bestari Fasa Satu hingga Empat dan Rumah Awam Kos Rendah Satu dan Dua, Bukit Kuang, Mukim Telok Kalong, Kemaman serta Mukim Manir, Kuala Terengganu.

"Dua lokaliti lagi di dalam daerah Raub, Pahang iaitu Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam dan Felda Krau 1, Mukim Gali.

Iklan

"Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak berkuat kuasa dari 4 Ogos sehingga 17 Ogos.

Iklan

Sementara itu, beliau menjelaskan, PKPD di Kampung Sungai Tapang, Kuching, Sarawak ditamatkan hari ini, seperti yang dijadualkan.

Menurutnya, 13 lagi lokaliti di Sabah akan ditamatkan pada 4 Ogos melibatkan Kampung Guruh-Guruh, Sipitang; Kilang Papan Lusera Telipok, Kampung Mogiding Malawa dan Kuarters Pekerja Progressif Perwira, Kampung Sinulihan, University Utama Kondominium Fasa 2, Kota Kinabalu.

"Turut sama ditamatkan ialah Kampung Air dan Kampung Bokara, Sandakan; Kampung Sri Menanti, Tawau; Kampung Pondo, Kampung Kasuapan, Kampung Lok Urai dan Kampung Pulau Gaya, Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah,” ujarnya.