'Tidak perlu ucapan hari lahir, salur dana ke tabung bencana'
Iklan
KUCHING - Mereka yang bercadang untuk meletakkan iklan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempena ulang tahun kelahiran yang ke-71 esok, diminta tidak berbuat demikian sebaliknya menyalurkan dana itu kepada Tabung Bencana Covid-19 Negeri.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa ramai kenalan rapat telah menyatakan hasrat untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada Abang Johari.