KELAB tangga ke-11, Liga Super, Perak FC mengambil tindakan drastik 'merehatkan sementara' pengendali The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt berkuat kuasa Isnin, dengan tanggungjawab mengemudikan kelab kini digalas penolong jurulatih, Shahril Nizam.
Menurut pengurusan Perak FC, kelab mengambil keputusan 'merehatkan sementara' Yee Fatt sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian selepas mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil kira cadangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).