China ungguli acara pecut berpasukan wanita

Iklan
Bao Shanju (kiri) dan Zhong Tianshi bersama pingat masing-masing. - Foto AFP

PELUMBA China merangkul emas acara pecut berpasukan wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Isnin.

Pasangan Bao Shanju dan Zhong Tianshi menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 31.895 saat mengatasi pencabarnya dari Jerman, Lea Sophie Friedrich dan Emma Hinze yang mencatat masa 31.980 saat.

Iklan
Iklan

Terdahulu, dalam pusingan kelayakan China mencatat rekod baharu dunia apabila berjaya mencatat masa terpantas 31.804 saat, lapor Xinhua.

Rekod lama 32.034 saat dicipta Zhong dan Gong Jinjie pada kejuaraan dunia 2015. - Bernama

Iklan
Iklan