Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka

Iklan
Ahli Parlimen pembangkang mula berhimpun di Dataran Merdeka apabila tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin.

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen pembangkang mula berhimpun di Dataran Merdeka apabila tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen pada Isnin.

Antara yang kelihatan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Iklan
Iklan

Mereka kini membuat sidang akhbar bagi melahirkan rasa tidak puas hati berikutan penangguhan sesi sidang Parlimen.

Beberapa laluan utama ke Parlimen ditutup bagi mengelakkan kemasukan orang ramai berlaku kesesakan kecil di sekitar Jalan Parlimen.

Iklan
Iklan

AKAN MENYUSUL