Industri penerbangan Malaysia kini berkembang
Iklan
Gambar hiasan
SUBANG - Industri penerbangan di negara ini kini berkembang dan mempunyai potensi yang baik, sebahagian besarnya disebabkan oleh lokasi strategik Malaysia di Asia Pasifik.
Profesor Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), Prof Datuk Ahmad Zahir Mokhtar berkata, Malaysia mempunyai bekalan sumber manusia yang sangat baik kerana negara ini melahirkan banyak pakar dalam bidang berkenaan.
Iklan
Iklan
"Lima puluh peratus daripada pesanan bagi pesawat baharu adalah dari Asia Pasifik. Tetapi pengeluar pesawat tidak mempunyai rantaian bekalan di kawasan ini. Sebab itulah banyak negara mahu mempunyai taman aeroangkasa. Ia berdaya maju.
"Sesetengah syarikat ingin menempatkan kilang mereka dari Amerika ke Asia-Pasifik kerana pelanggan mereka berada di rantau ini dan itu, kedudukan kita (Malaysia) memang cantik," katanya kepada Bernama selepas menghadiri kolokium"Trend Baharu dalam Teknologi Penerbangan ” yang dianjurkan oleh UniKL MIAT di sini, hari ini.
Iklan
Ketika ditanya mengenai minat pelajar dalam industri penerbangan, Ahmad Zahir berkata untuk UniKL MIAT sahaja, pengambilan pelajar adalah sangat positif sehingga melahirkan penubuhan sebuah kampus baharu (untuk penerbangan) di Subang selepas kampus pertama di Sepang.
Mengenai aspek peluang pekerjaan, beliau berkata mereka yang terlibat dalam industri itu juga berpotensi untuk bekerja di negara lain seperti Singapura dan Filipina kerana kedua-dua negara tersebut mempunyai piawaian yang sama dan kelayakan di Malaysia diiktiraf oleh Kesatuan Eropah. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>