Kes positif Covid-19 merekodkan 16,840 hari ini

Iklan
Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Lebih 8,000 kes positif Covid-19 dilaporkan di Lembah Klang iaitu Selangor (6,092) dan Kuala Lumpur (2,114) dengan jumlah keseluruhan di seluruh negara mencatatkan 16,840 kes baharu pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kedah pula mencatatkan sebanyak 1,281 kes, Negeri Sembilan (1,079), Johor (1,104), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (tujuh).

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif 1,095,486.

Iklan
Iklan