Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin mulai 1 Ogos

Iklan
Pemandangan pada waktu malam di Riyadh, Arab Saudi - Foto 123RF

DOHA - Arab Saudi membenarkan warga asing yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 mengunjungi negara ini bermula 1 Ogos, lapor Sputnik.

"Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin.

Iklan
Iklan

"Tiada kuarantin diperlukan bagi mereka yang mempunyai sijil vaksinasi,” memetik pengumuman Kementerian Pelancongan Arab Saudi di akaun Twitter pada Jumaat.

Bagaimanapun, pelancong asing masih perlu mengambil ujian PCR, 72 jam sebelum tiba di Arab Saudi.

Iklan

Arab Saudi setakat ini membenarkan empat vaksin Covid-19 termasuk Moderna, Johnson & Johnson, AstraZeneca dan Pfizer.

Sehingga kini negara ini melaporkan sejumlah 523,397 kes Covid-19, sementara 8,212 pesakit telah meninggal dunia, menurut maklumat rasmi.

Iklan

Arab Saudi memperkenalkan visa pelancong pada September 2019. Pada Mac 2020, pihak berkuasa menggantung sementara pengeluaran visa itu berikutan pandemik Covid-19. - Bernama