Azreen Nabila perbaharui rekod peribadi, mara ke pusingan pertama
Iklan
PELARI pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias, menampilkan larian bertenaga untuk mara ke pusingan pertama acara 100 meter (m), selepas menamatkan saingan di tempat kedua dalam pusingan kelayakan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada pagi Jumaat.
Lebih membanggakan, pelari kelahiran Kuala Terengganu itu yang kali pertama beraksi di pentas Olimpik, turut memperbaharui rekod peribadi terbaiknya apabila mencatat masa 11.77 saat (s) dalam saringan kedua acara berkenaan berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.