DUN Kelantan dijangka lulus dua RUU baharu
Iklan
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang akan mewakili titah diraja oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang akan diadakan pada 23 Ogos ini. - Foto Pejabat Menteri Besar
KOTA BHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang diadakan pada 23 Ogos ini dijangka meluluskan dua rang undang-undang (RUU) yang baharu.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, persidangan itu akan dilaksanakan secara bersemuka selama tiga hari sehingga 25 Ogos ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, antara intipati sidang DUN adalah perbahasan titah diraja dan dua RUU baharu yang akan diluluskan.
"Dua RUU yang akan diluluskan tersebut bagaimanapun belum dapat disebutkan lagi.
Iklan
"Sudah diluluskan baru akan diberitahu RUU yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.
Mengulas lanjut, titah diraja oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada sidang itu akan diwakilkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Iklan
"Adat ‘pembukaan dewan’ pada waktu bukan pandemik Tuanku akan berangkat untuk perasmian persidangan.
"Oleh sebab pandemik, Tuanku tidak berangkat maka titah baginda akan diwakilkan kepada menteri besar menggantikan tuanku untuk perasmian,” katanya.
Kali terakhir, DUN Kelantan bersidang bersama 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada April tahun lalu semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebelum ini, keputusan bersidang secara bersemuka dibuat dengan mengambil kira jumlah ADUN yang lebih kecil berbanding ahli Parlimen pada persidangan Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>