Bot Nelayan

Iklan

Deretan bot nelayan berlabuh di jeti ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, hari ini.

Sektor perikanan merupakan antara sektor penting yang dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), sepanjang pelaksanaan Kawalan Pergerakan di bawah PPN.

Iklan
Iklan

Kebenaran tersebut adalah bagi menjamin kelangsungan rantaian perikanan yang seterusnya memastikan bekalan makanan di negara ini sentiasa mencukupi. - Foto Bernama