Sasar 1,600 dos vaksin di Dewan Serbaguna MBSJ
Iklan
SHAH ALAM - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah yang secara rasmi dibuka pada Isnin menyasarkan kapasiti suntikan 1,600 dos vaksin Covid-19 sehari.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, PPV itu memberi fokus kepada golongan komuniti berumur 18 tahun hingga 59 tahun yang memperoleh tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera.