Anak syarikat SCIB terima kontrak EPCC bernilai RM138.5 juta
Iklan
ANAK syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd (SIBS) dan Sasoakai Resources Sdn Bhd telah menerima kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM138.5 juta.
Sasoakai Resources merupakan rakan usaha sama (JV) SIBS, demikian menurut SCIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin.