Penyudah tumpul jejas rentak Negeri Sembilan di Paroi
Iklan
PENYUDAH tumpul menyebabkan Negeri Sembilan FC terpaksa berpuas hati apabila terikat dengan keputusan seri jaringan semasa melayan kunjungan Selangor FC II dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, baru-baru ini.
Jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan berkata, pasukannya telah mempamerkan aksi bertenaga menerusi beberapa percubaan di depan pintu gol lawan, tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang tidak menjadi.