JOHOR BAHRU- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, bantuan keperluan makanan yang disediakan atas dasar membantu golongan memerlukan perlu dilakukan secara ikhlas, dan bukannya melibatkan soal perkauman.
Menerusi muat naik dalam laman Facebook rasmi baginda pada Isnin, Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini terdapat ramai individu tanpa mengira agama dan bangsa mengalami kesulitan seperti kehilangan pekerjaan dan terputus pendapatan, serta berdepan beban kewangan untuk membeli barangan keperluan makanan.