Eksesais TLDM-UKCSG 21 kukuh kerjasama pertahanan empat negara

Iklan
Foto Twitter TLDM Rasmi

LUMUT - Eksesais bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dengan United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21) melalui Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka, semalam, dapat mengukuhkan kerjasama pertahanan antara empat negara.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, eksesais berkenaan melibatkan tiga buah aset TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Jebat dan Helikopter Super Lynx manakala negara terlibat iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan Belanda turut menampilkan aset masing-masing bagi menjayakan eksesais tersebut.

Iklan
Iklan

"Ketumbukan UKCSG 21 pada kali ini pula terdiri dari empat buah kapal tentera laut dan beberapa buah pesawat daripada tiga negara tersebut.

"Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen. Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth, sebuah kapal pengangkut pesawat di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, TLDM berkata, selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut, TLDM turut mengalu-alukan eksesais seperti ini bagi meningkatkan persefahaman di lapangan. - Bernama

Iklan