Perenang Kanada Margaret menang emas 100m kuak kupu-kupu

Iklan
Margaret MacNeil. Foto Reuters

TOKYO - Margaret MacNeil dari Kanada memberikan kilauan emas di kolam renang buat negaranya selepas menduduki tempat pertama dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu wanita di Sukan Olimpik Tokyo di sini pada Isnin.

Perenang itu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 55.59 saat.

Iklan
Iklan

Atlet China Zhang Yufei yang ketinggalan 0.05 saat di belakang merangkul perak emas manakala perenang Australia Emma McKeon meraih gangsa dengan catatan 55.64 saat. - Bernama

Iklan
Iklan