Jamin protes tidak mudaratkan pesakit
Iklan
Gambar hiasan
SHAH ALAM - Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberi jaminan protes secara besar-besaran yang dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin di semua pusat kesihatan seluruh negara tidak akan memberi kesan kepada pesakit.
Wakil gerakan itu, Dr Umar Baraka berkata, pihaknya mengeluarkan prosedur tertentu untuk dipatuhi pegawai kesihatan terlibat dalam menjayakan protes yang dijangka disertai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak.Menurut Umar, pihak atasan di beberapa pusat kesihatan juga bersetuju untuk membantu menyumbang tenaga bagi memastikan tiada pesakit terabai ketika protes berlangsung.
Iklan
Iklan
"Bagi sektor tidak kritikal, doktor akan berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di lobi hospital pada jam 11 pagi dan diminta untuk passover perkara penting kepada pegawai perubatan yang masih ada di wad bagi memastikan tiada pesakit yang terjejas.
"Untuk unit rawatan kritikal, pergerakan keluar hanya akan dilakukan selepas passover kepada doktor berjawatan tetap yang bertugas pada hari berkenaan.
Iklan
"Work to rule dilaksanakan di sini. Jika diperlukan dan dipanggil oleh pihak atasan, semua yang terlibat diminta kembali ke stesen bertugas masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata lagi, bagi yang terlibat dalam rawatan pesakit Covid-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan hospital daerah, mereka digalakkan hanya untuk melakukan solidariti dengan memegang plakat dan mengambil video untuk dimuat naik ke media sosial.
Pada Sabtu, Dr Umar berkata, Kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak menjangkakan seramai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak seluruh negara akan menyertai protes yang dijadualkan berlangsung Isnin.
Iklan
Kata beliau, protes tersebut akan diteruskan memandangkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lanjutan khidmat kontrak kumpulan itu tidak memenuhi tuntutan mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi"><meta itemprop="description" content="99.5 peratus sekolah KPM di seluruh negara mempunyai liputan 4G - Fahmi
Sebanyak 10,207 daripada 10,259 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara mempunyai liputan rangkaian 4G, atau bersamaan 99.5 peratus kadar liputan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian Internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806193/berita/nasional/99-5-peratus-sekolah-kpm-di-seluruh-negara-mempunyai-liputan-4g---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #liputan4gdisekolah #menterikomunikasi #kementeriankomunikasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-26T04:53:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P218S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzzqya"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzzqya"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzzqya"></script>