Terima sumbangan kontena simpan jenazah pesakit Covid-19
Iklan
SHAH ALAM - Menyedari keperluan mendesak tempat penyimpanan jenazah pesakit Covid-19, sebuah syarikat tampil memberikan sumbangan sebuah kontena bernilai RM42,000 yang siap diubah suai dengan sistem sejuk beku kepada Hospital Shah Alam pada Ahad.
Kontena bersaiz 3.71 meter persegi (40 kaki) yang mampu memuatkan hingga 30 jenazah itu disumbangkan oleh Syarikat Maritime Network Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.