Bandaraya Seremban

Iklan

Pemandangan udara suasana senja dan cahaya dari bekalan elektrik menerangi kawasan perumahan dan jalan raya di Bandaraya Seremban hari ini.

Hari ini, Malaysia mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 apabila merekodkan sebanyak 17,045 merupakan yang tertinggi pernah direkodkan negara sejak pandemik itu melanda Malaysia pada Mac tahun lepas.

Iklan
Iklan

Kumulatif kes Covid-19 di negara kini mencecah angka sejuta dengan 1,013,438 kes. Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 513 kes. - Foto Bernama