Buruan pingat Peng Soon-Liu Ying berakhir
Iklan
[DIKEMAS KINI] BURUAN pingat daripada acara beregu campuran pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir apabila beregu campuran negara, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying tewas 12-21, 15-21 kepada pasangan ranking ke-19 dari Jerman, Lamsfuss Mark-Herttrich Isabel dalam tempoh 41 minit pada aksi kedua peringkat Kumpulan D di Plaza Sukan Mushashino, pada Ahad.
Peng Soon – Liu Ying yang memenangi pingat perak pada Olimpik Rio 2016 lalu, dilihat banyak melakukan kesilapan terutamanya pada set pertama hingga ketinggalan agak jauh dari segi kiraan mata kepada pasangan Jerman berkenaan sebelum tewas 12-21 dalam tempoh 18 minit.