Kes Covid-19 di Sarawak semakin berkurangan
Iklan
KUCHING - Jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak menurun kepada 261 pada Sabtu berbanding 461 Jumaat, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan pertambahan kes baharu pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu kini 73,579.