Hospital Medan Labuan

Iklan

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas membuat kawalan keselamatan di pekarangan Hospital Medan Labuan yang dikelilingi dengan kawat duri ketika tinjauan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Hospital Medan Labuan akan ditutup berikutan kes Covid-19 di wilayah berkenaan sudah mula menunjukkan penurunan.

Iklan
Iklan

Katanya, pesakit yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) juga dilihat semakin berkurangan iaitu 200 kes berbanding 625 kes sebelum ini. Penurunan kes harian Covid-19 itu dapat dilihat apabila semalam Labuan hanya mencatatkan 21 kes baharu. - Foto Bernama