Atlet Algeria tarik diri elak jumpa Israel

Iklan
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai secara rasmi hari ini -Foto AFP

ATLET Algeria, Fethi Nourine mengambil keputusan nekad menarik diri daripada saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebelum pertandingan apabila undian meletakkan judo berusia 30 tahun tersebut berkemungkinan menentang pencabar dari Israel.

Menurut laporan media, Nourine mengambil tindakan drastik tersebut selepas dijadualkan menentang atlet Sudan, Mohamed Abdalrasool pada pusingan pertama sebelum berpotensi berentap dengan atlet Israel, Tohar Butbul pada pusingan seterusnya.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya kami tidak bernasib baik dengan undian apabila berkemungkinan besar menentang atlet Israel pada pusingan seterusnya. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk menarik diri,” kata jurulatih Nourine, Amar Ben Yaklif.

Sementara itu, Nourine menyatakan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin menyebabkan sukar untuk dia bertanding menentang atlet Israel.

Iklan
Iklan

"Kami bekerja keras untuk ke Tokyo 2020 tetapi dalam Palestin adalah isu yang lebih besar daripada ini semua,” katanya.