Tiga tahun dirogol bapa tiri

Iklan
Shamsul Amar Ramli

KLANG - Perbuatan seorang lelaki yang tergamak memperkosa anak tirinya akhirnya terbongkar selepas ibu mangsa ternampak perbualan mencurigakan suaminya di aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, susulan itu, ibu mangsa berusia 35 tahun telah membuat laporan polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa berusia 15 tahun telah menceritakan kejadian itu di mana dia telah diraba dan dirogol oleh ayah tirinya sejak berusia 12 tahun.

"Siasatan mendapati suspek telah merogol anak tirinya kali pertama sejak mangsa berusia 12 tahun dan kali terakhir pada Selasa lalu di bilik tidur mangsa.

Iklan

"Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah mengesahkan terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada Jumaat di sekitar Pulau Indah, Klang ketika sedang bersembunyi.

Iklan

Katanya, siasatan awal suspek yang didapati positif dadah mengaku terlibat dalam kes terbabit.

"Suspek kini direman tujuh hari sehingga 29 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan,"