Ketetapan sidang Dewan Rakyat hari ini
Iklan
Jawatankuasa Dewan Rakyat dijangka membuat beberapa keputusan hari ini berhubung perjalanan sidang Parlimen yang akan bermula pada Isnin. Gambar kecil: Shahidan
SHAH ALAM - Jawatankuasa Dewan Rakyat dijangka membuat beberapa keputusan berhubung perjalanan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada Isnin ini.
Antara perkara yang akan dibincangkan ialah jumlah ahli Parlimen yang akan dibenarkan menyertai mesyuarat secara bersemuka atau secara hibrid.
Iklan
Iklan
Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Rakyat, Datuk Seri Shahidan Kassim, perkara itu akan dibincangkan jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang.
"Esok (hari ini) akan diputuskan tentang perkara ini, kalau diputuskan 80 ahli Parlimen sahaja dibenarkan masuk maka 80 orang (yang dibenarkan).
Iklan
"Kalau hanya 80 ahli Parlimen, mungkin ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) diwakili seramai 45 orang dan pembangkang 35 orang. Kami kerajaan lebih sikit wakil sebab kami majoriti,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Khamis.
Akhbar ini pada Ahad melaporkan Parlimen sedang memperhalusi cadangan agar hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat yang akan berlangsung selama lima hari.
Iklan
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dilaporkan berkata, perkara itu akan diperincikan dengan Jawatankuasa Dewan Rakyat dan Ketua-ketua Whip parti masing-masing.
Persidangan itu antara lain akan memberi penerangan kepada semua ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara.
Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) menegaskan, had kehadiran itu pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu seperti ketetapan bersidang tahun lalu apabila hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen sahaja dibenarkan masuk.
Ahli Parlimen Arau itu berkata, berdasarkan pengalaman dalam persidangan lalu, perkara itu tidak menimbulkan apa-apa masalah kerana ahli Parlimen yang selebihnya boleh mengikuti sidang itu secara maya.
"Apa yang penting kita nak berbahas dan apabila berbahas kita nak menteri ada sama sebab menteri akan jawab soalan yang dibangkitkan.
"Jadi tidak semua ahli Parlimen perlu berada di sana, mereka boleh berada di mana-mana dan dengar perbahasan,” katanya.
Beliau berkata, bagi membolehkan lebih ramai ahli Parlimen menyertai persidangan secara bersemuka, ahli Parlimen juga mungkin boleh bergilir-gilir masuk mengikut jam dan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
"Situasi sekarang ini adalah proses yang kita kena lalui dan ahli Parlimen kena terima hakikat ini. Ia bukan perkara biasa berlaku, ia adalah luar biasa. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
"Untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Dewan Rakyat dan persidangan Parlimen itu, semua yang terlibat turut diarah menjalani ujian calitan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>