Hari Sarawak 2021

Iklan
Pemandangan dari udara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan bandaraya Kuching berkilauan dengan lampu berwarna warni ketika rakyat Sarawak menyambut Hari Sarawak hari ini.

‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ merupakan tema sambutan Hari Sarawak tahun ini yang memasuki tahun kedua diadakan secara hibrid berikutan pandemik Covid-19.

Tarikh 22 Julai telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Kemerdekaan Sarawak (Hari Sarawak) sejak 2016 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu iaitu Tan Sri Adenan Satem bagi memperingati detik penting dalam sejarah negara selain menyemarakkan semangat cinta kepada negeri.

Iklan
Iklan