Sarawak hantar bekalan oksigen untuk pesakit Covid-19 ke Kalimantan

Iklan
Kerajaan Sarawak akan menghantar bekalan oksigen ke Kalimantan Barat bagi kegunaan pesakit Covid-19 di hospital di wilayah Indonesia itu. Gambar hiasan

KUCHING - Kerajaan Sarawak akan menghantar bekalan oksigen ke Kalimantan Barat bagi kegunaan pesakit Covid-19 di hospital di wilayah Indonesia itu, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Katanya, beliau menerima permintaan daripada Gabenor Kalimantan Barat H. Sutarmidji Sh M. Hum mengenai perkara itu dan proses penghantaran sedang diuruskan dengan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing diberi tanggungjawab bagi menguruskan perkara tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, penghantaran akan dibuat antara kerajaan Sarawak dengan Wilayah Kalimantan Barat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat penghantaran kepada Tentera Negara Indonesia (TNI) di sempadan Sarawak-Kalimantan, sama seperti kaedah penghantaran bantuan tong gas memasak sebelum ini.

"Pemerintah Kalimantan Barat meminta bantuan kerajaan Sarawak berikutan kekurangan bekalan oksigen di hospital-hospital di wilayah berkenaan ekoran peningkatan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan memerlukan oksigen,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) di sini. -Bernama

Iklan
Iklan