Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu

Iklan
Penerima vaksin Covid-19 merakamkan gambar kenangan selepas menerima suntikan vaksin ketika tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat Rabu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga jam 11.59 malam Rabu, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua.