14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual mulai bulan ini
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual Pharmaniaga Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu telah mendapat kebenaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan diyakini akan mempercepatkan lagi usaha mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada yang dirancang.