Program Agihan Korban Aidiladha

Iklan
Progam anjuran Persatuan Media Prihatin, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Pertubuhan Prihatin dan Muhibah Kuala Lumpur dan Selangor turut mengagihkan kira-kira 30 bungkusan sumbangan daging korban dan bakul makanan kepada petugas media secara pandu lalu menerusi Program Agihan Korban Aidiladha di hadapan bangunan IKIAM hari ini.

Seramai 140 petugas media sekitar Lembah Klang menerima daging korban serta diagihkan juga kepada dua sekolah tahfiz sekitar ibu negara.