Arsenal batal siri jelajah, tarik diri sertai Piala Florida
Iklan
Arsenal batalkan siri jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat selain sah menarik diri daripada saingan Piala Florida setelah beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan skuad berkenaan.
SKUAD Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal membatalkan siri jelajah pra-musim ke Amerika Syarikat (AS) selain sah menarik diri daripada saingan Piala Florida pada penghujung bulan ini setelah beberapa kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan skuad berkenaan.
Menurut satu kenyataan kelab berkenaan, Arsenal dijadualkan berdepan Inter Milan dalam saingan Piala Florida pada 25 Julai mengesahkan penarikan diri berkenaan pada Selasa.
Iklan
Iklan
"Kami mengesahkan bahawa kami menarik diri daripada menyertai Piala Florida berikutan wujud beberapa kes positif Covid-19 dalam kalangan skuad ini yang sememangnya telah merancang untuk ke AS, pada Rabu.
"Kami juga sedar keputusan ini pasti akan mengecewakan penyokong kami di AS yang mahu menyaksikan pembentukan pasukan dengan beraksi dalam saingan Piala Florida, namun ia adalah keputusan terbaik setakat ini dalam usaha memastikan kesihatan serta keselamatan pemain serta staf kami terjamin.
Iklan
"Kami memohon maaf kepada pihak penganjur Piala Florida yang setakat ini telah melakukan persiapan dengan baik bagi menganjurkan piala berkenaan,” katanya.
Difahamkan, skuad kendalian Mikel Arteta itu kini berada di London dengan kesemua pemain dan staf menjalani proses isolasi di rumah setelah sah menarik diri daripada menyertai saingan Piala Florida.
Iklan
Selain dijadualkan berdepan Inter Milan pada 25 Julai, The Gunners juga bakal berdepan dengan Everton dan kelab Colombia, Milonarios yang setakat ini mengesahkan akan terus beraksi pada saingan Piala Florida.
Sementara itu dalam satu kenyataan, pihak penganjur Piala Florida kecewa dengan keputusan Arsenal untuk menarik diri dan tidak menyertai kejohanan berkenaan kali ini.
Bagaimanapun, dalam masa sama pihak penganjur turut mengharapkan agar pihak yang disahkan postif Covid-19 dalam skuad The Gunners itu segera sembuh.
"Kami mengharapkan mereka yang disahkan positif dalam skuad Arsenal segara sembuh dan kami akan tetap meneruskan persiapan bagi menganjurkan saingan Piala Florida ini.
"Selain itu, kami juga akan berurusan dengan peminat-peminat yang telah pun membuat pembelian tiket bagi menyaksikan skuad The Gunners itu beraksi di Orlando bagi saingan Piala Florida kali ini,” menurut kenyataan berkenaan.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.