Lebih 14.3 juta dos vaksin diberikan setakat Ahad
Iklan
KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin Covid-19 kini mencecah 14,347,285 dos suntikan di seluruh negara setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin Covid-19 di Twitter, beliau memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 4,531,550 individu lengkap dos kedua iaitu 13.9 peratus populasi negara.