Persiapan lembu ibadah korban

Iklan
PERSIAPAN LEMBU IBADAH KORBAN

Penternak lembu Farouq Haqnavas Hushin, 33, memberi makan kepada lembu-lembu di bawah seliaannya di SH Easy Agro, Kampung Kemensah sebagai persiapan untuk pelanggan yang menempah haiwan itu untuk ibadah korban.

Ibadah korban bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor masih boleh dilaksanakan tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat di sebalik jumlah kes Covid-19 yang kian meningkat sejak kebelangan ini.

Iklan
Iklan

Bagi sembelihan korban selain daripada rumah sembelihan, ditetapkan tidak melebihi lima ekor sehari, bilangan petugas tidak melebihi 10 orang bagi setiap haiwan dan elak 3S – tempat yang Sesak, kawasan yang Sempit, Sembang dekat-dekat.