'Pelbagai alasan diberi mahu rentas daerah'

Iklan
Ahmad Shukri

ALOR SETAR - [DIKEMASKINI] Pelbagai alasan tidak munasabah diberikan oleh pemohon untuk merentas daerah dan negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Selasa.

Ketua Polis daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Setar menerima pelbagai permohonan yang dikemukakan termasuk menggunakan surat yang mempunyai logo persatuan dan institusi tertentu dengan harapan permohonan mereka diluluskan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, sehingga semalam 59 daripada 321permohonan ditolak oleh IPD Kota Setar kerana mengemukakan alasan tidak munasabah.

"Terdapat individu kenamaan yang menetap di daerah ini tetapi memohon untuk merentas daerah dengan tujuan memberi bantuan,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Ahad.

Iklan

Ahmad Shukri berkata, permohonan pergerakan merentas daerah atau negeri di daerah ini didapati meningkat berbanding hari biasa ekoran sambutan Aidiladha.

"Saya ingin memberi peringatan kepada masyarakat bahawa rentas daerah atau negeri hanya akan dibenarkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Iklan

Pihaknya turut mengingatkan penduduk supaya mematuhi sepenuhnya SOP sambutan Aidiladha yang dikeluarkan bagi mengelakkan tindakan diambil oleh pihak berkuasa.