PKPD di kuaters pekerja ladang di Bintulu
Iklan
KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Pekerja Ladang Karisma di Bintulu dikuatkuasakan mulai 17 hingga 30 Julai ini.
JPBN dalam kenyataan memaklumkan tiga PKPD melibatkan Rumah Kunjang Sembayan Ban (Sri Aman), Kampung Long Kevok (Telang Usan) dan Rumah Kedeney (Sri Aman) pula ditamatkan pada Ahad.