Covid-19: Lebih 50 peratus kes di Sabah berpunca dari penjara
Iklan
KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu 666 kes dengan 50.3 peratus kes berpunca jangkitan dari dua penjara di negeri itu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata, jangkitan daripada Penjara Kepayan di sini mencatatkan 211 kes pada Ahad, manakala jangkitan daripada Penjara Tawau merekodkan 124 kes menjadikan keseluruhan 335 kes positif Covid-19 di dua penjara itu.