Lelaki miliki 10 rekod kes dadah kena cekup

Iklan

KAJANG - Seorang tokan dadah yang mempunyai 10 rekod lampau tidak serik apabila ditahan sekali lagi di Kampung Lubuk Kelubi Batu 19 Hulu Langat di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Batu 18 pada jam 5.15 petang atas maklumat berkaitan aktiviti penagihan dadah.

Iklan
Iklan

"Kita turut merampas dadah jenis syabu dan heroin dianggarkan bernilai RM900 dipercayai untuk diedarkan kepada penagih di sekitarnya selain menyita wang tunai RM220 disyaki hasil jualan dadah berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohd Zaid memberitahu, individu berkenaan dibawa ke Balai Polis Batu 18 untuk siasatan lanjut dan saringan ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama," katanya.