KANGAR - Individu yang merentas sempadan atau negeri samada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari tidak dibenarkan hadir menunaikan solat Aidiladha pada Selasa ini.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, larangan itu turut terpakai kepada ahli keluarga mereka yang tinggal bersama kecuali individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin.