SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai ketua majlis memastikan ruang perbahasan dibuka seluas-luasnya kepada ahli-ahli Parlimen sewaktu sidang Dewan Rakyat akan datang.
Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau telah mengutus sepucuk surat berhubung desakannya itu kepada Azhar.