PPV IPT@UKM cecah 100,000 penerima vaksin
Iklan
BANGI - Seramai 100,000 penerima vaksin direkodkan pada Jumaat di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (PPV IPT@UKM), di sini sejak ia dibuka pada 5 Mei lalu.
Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, seramai 97,969 orang menerima vaksin dos pertama manakala 7, 833 orang menerima vaksin dos kedua setakat jam 12.00 tengah hari pada Khamis.