Sediakan tempat kuarantin khas buat penduduk PPR

Iklan
Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR - Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang menjalani kuarantin di rumah perlu dipindahkan ke tempat khas untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 kepada isi rumah.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau telah mencadangkan perkara tersebut kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi mesyuarat secara dalam talian bersama Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Nik Nazmi berkata, perumahan PPR tidak sesuai untuk pelaksanaan kuarantin di rumah melibatkan kategori berisiko rendah.

"Ada kes keluarga di PPR terpaksa keluar rumah apabila seorang ahli keluarga dikuarantin," menurut perkongsian di Facebook beliau pada Jumaat.

Iklan

Katanya, Annuar bersetuju dengan cadangan tersebut dan sedang melihat kaedah terbaik mengenainya.

"Sekurang-kurangnya (keutamaan) bagi mereka yang tinggal di kawasan PPR yang padat," katanya.

Iklan

Pada perkembangan sama, Nik Nazmi berkata, beliau turut membangkitkan permasalahan lif di PPR Desa Rejang yang kerap rosak.

Jelasnya, beberapa lif sedang dibaiki oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan berharap kerajaan turut membantu dari sudut kewangan supaya lebih banyak lif dapat dibaiki.